Posts

Showing posts from April, 2020

Kisah Kewafatan Rasullullah

Saya tuliskan disini kisah kewafatan Rasullullah yang saya salin dari Buku Muhammad Anak Yatim karya Prof. Dr. Muhammad Sameh Said Bab 40 Menuju Rafiqul A`La dengan niat untuk memudahkan rujukan saya pada masa hadapan dan menitipkan peristiwa paling sedih dan syahdu bagi umat Islam. Andai kata tulisan ini bermanafaat, maka kebaikkan dunia dan akhirat kepada penulis buku serta sekelian yang terlibat dalam penghasilan buku itu. Semoga bertambah cinta kita kepada Rasullullah. Buku Muhamma Anak Yatim diedar dan diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf. Pendahuluan 1. Setelah selesai ibadat Haji Wada, wahyu daripada AllahSWT tutun mengisyarakat bahawa ajal Rasullullah semakin hamper. Sesampainya di Madinah, Baginda menyelesaikan beberapa urusan kemudian turunlah ayat penutup> Jarak antara turunnya ayat ini dengan ajal Baginda hanya selama 81 hari. Selama tempoh ini berlangsung tidak ada lagi ayat al-Quran yang diturunkan. Sunguh yang halal itu sudah jelas dan yan gharam itu juga sud...

Cita cita Untuk Masuk Universiti Malaya

Setiap orang yang masuk universiti mungkin mempunyai cerita mereka sendiri, dan ini adalah cerita saya. Tiada apa yang istimewa, cuma saya sekadar menyuratkan apa yang ada dalam kenangan. 1 . Dalam keluarga besar ini, tiada seorang pun yang masuk universiti. Itulah kata-kata Tok Teh, datuk saudara saya, adik kepada nenek sebelah ibu saya. Nenek saya itu ada 11 orang adik beradik. Nenek saya anak ke 3. Sememangnya adik beradik nenek saya rapat antara satu sama lain, jadi sifat mesra sesama itu turut diwarisi oleh ibu saya sesama sepupu sepapatnya yang berjumlah lebih 60 orang dan turun juga kepada saya. 2. Ya betul katanya, dalam keluarga besar itu, tiada satu pun yang masuk universiti. Pendidikan tertinggi kalau ada pun maktap perguruan dan Institut Teknologi Mara (ITM). Masa itu ITM belum lagi bertaraf universiti. Kata-kata ini sedikit secubit memberi perangsang kepadaku untuk berusaha agar dapat masuk ke universiti. 3. Malangnya saya tiada ikon yang boleh saya jadikan bench...

Teh Tarik

1. Saya adalah pengemar teh tarik. 2. Jika tak mendapat teh tarik sehari seolah  olah kurang lengkap hari itu. 3. Saya minum teh tarik pagi shj, sehari tidak boleh kerap sgt. 4. Segelas teh tarik mengandungi 150 kalori. Saya perlu berjoging 16 minit untuk membakar 150 kalori itu. 5. Ini tidak termasuk kalori dari makanan lain. 6. Minum teh tarik tak salah, yg salah ialah kita minum teh tarik pagi, tgh, ptg dan malam. Salam hormat.