Posts

Showing posts from 2020

Panjat Kelapa

Image
 1. Di kampung saya , Kg Bukit Temensu suatu ketika dahulu. Ada byk pokok kelapa yg ditanam oleh bapa kepada onyang saya. Oleh kerana sudah lama, pokok kelapa itu pun sudah tinggi, buahnya tidak dapat dikait dengan pengolan (galah).  2. Kelapa tua dan kelapa masak diperlukan terutamanya bila nk raya atau puasa lebih lagi jika Onyang dan Wan sy nk buat penganan (dodol).  3. Oleh kerana sudah tinggi, Tok Nyang saya akan mengupah org untuk memanjat kelapa. Saya masih ingat yg biasa diupah ada 2 org samaada Likok atau lagi seorg bernama Duman.  4. Duman orgnya serius, tinggi,  lebih tua dari atuk saya tetapi muda lagi dari Tok Nyang. Beliau dtg dgn motosikal.  5. Likok pula kelakar, suka berjenaka dan peramah. Pendek orangnya dan menaiki basikal.  6. Kedua dua mereka amat mahir dlm memanjat kelapa, sampai di puncak mereka mengugurkan kelapa satu persatu. Kami lihat dari jauh dan gemar pula melihat satu persatu nyior gugur. Ada kalanya pelepah mati turut se...

Laporan Tahunan 2019 Perkhidmatan Pergigian Daerah Kuala Pilah

Salam sejahtera, laporan berkenaan boleh dicapai melalui link dibawah;

Oral Health Literacy Instrument Malay Version (OHLI-M)

Hi guys, here are the abstract of my research project title Cross Cultural Adaptation and Validation of Oral Health Literacy Intrument for Use in Malaysia Introduction: Oral health literacy refers to the degree to which individuals have the capacity to obtain, process and understand basic health information and services needed to make appropriate oral health decisions. Oral Health Literacy Instrument (OHLI) is measuring the functional oral health literacy in terms of ability to comprehend oral health messages and numbers on medicine labels prescribed in dentistry, dental appointment card, and post-operative instructions. Objectives: To translate Oral Health Literacy Instrument to Malay language (OHLI-M). Subsequently, this study aimed to determine its validity (face, content, construct, and criterion) and reliability (internal consistency and test-retest reliability) of OHLI-M. Materials and Methods: Cross-cultural adaptation of OHLI was conducted in Phase I.   The o...

Hakikat Media Sosial

1. Media sosial mempunyai baik buruk. Rata-rata kita tidak dapa tmengelak dari memiliki akaun media social. 2. Saya berasa kagum dengan orang yang tiada akaun media sosial, mereka tidak kisah pun mereka perlu ada media sosial. 3. Samaada positif atau negative bergantung kepada bagaimana persepsi dan penggunaan kita terhadap media sosial. Kita tidak dapat mengawal orang lain tetapi kita dapat kawal diri sendiri. 4. Umpama kata seorang Ulama; Jangan kita berasa dengki dengan rezeki orang lain kerana kita tidak tahu apa yang Allah akan tarik dari dia, jangan kita berasa kecewa dengan dugaan kesukaran kita kerana kita tidak tahu apa yang Allah akan ganti selepas kekecewaan itu.  Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan istigfar dan memuji Allah .

Kisah Kewafatan Rasullullah

Saya tuliskan disini kisah kewafatan Rasullullah yang saya salin dari Buku Muhammad Anak Yatim karya Prof. Dr. Muhammad Sameh Said Bab 40 Menuju Rafiqul A`La dengan niat untuk memudahkan rujukan saya pada masa hadapan dan menitipkan peristiwa paling sedih dan syahdu bagi umat Islam. Andai kata tulisan ini bermanafaat, maka kebaikkan dunia dan akhirat kepada penulis buku serta sekelian yang terlibat dalam penghasilan buku itu. Semoga bertambah cinta kita kepada Rasullullah. Buku Muhamma Anak Yatim diedar dan diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf. Pendahuluan 1. Setelah selesai ibadat Haji Wada, wahyu daripada AllahSWT tutun mengisyarakat bahawa ajal Rasullullah semakin hamper. Sesampainya di Madinah, Baginda menyelesaikan beberapa urusan kemudian turunlah ayat penutup> Jarak antara turunnya ayat ini dengan ajal Baginda hanya selama 81 hari. Selama tempoh ini berlangsung tidak ada lagi ayat al-Quran yang diturunkan. Sunguh yang halal itu sudah jelas dan yan gharam itu juga sud...

Cita cita Untuk Masuk Universiti Malaya

Setiap orang yang masuk universiti mungkin mempunyai cerita mereka sendiri, dan ini adalah cerita saya. Tiada apa yang istimewa, cuma saya sekadar menyuratkan apa yang ada dalam kenangan. 1 . Dalam keluarga besar ini, tiada seorang pun yang masuk universiti. Itulah kata-kata Tok Teh, datuk saudara saya, adik kepada nenek sebelah ibu saya. Nenek saya itu ada 11 orang adik beradik. Nenek saya anak ke 3. Sememangnya adik beradik nenek saya rapat antara satu sama lain, jadi sifat mesra sesama itu turut diwarisi oleh ibu saya sesama sepupu sepapatnya yang berjumlah lebih 60 orang dan turun juga kepada saya. 2. Ya betul katanya, dalam keluarga besar itu, tiada satu pun yang masuk universiti. Pendidikan tertinggi kalau ada pun maktap perguruan dan Institut Teknologi Mara (ITM). Masa itu ITM belum lagi bertaraf universiti. Kata-kata ini sedikit secubit memberi perangsang kepadaku untuk berusaha agar dapat masuk ke universiti. 3. Malangnya saya tiada ikon yang boleh saya jadikan bench...

Teh Tarik

1. Saya adalah pengemar teh tarik. 2. Jika tak mendapat teh tarik sehari seolah  olah kurang lengkap hari itu. 3. Saya minum teh tarik pagi shj, sehari tidak boleh kerap sgt. 4. Segelas teh tarik mengandungi 150 kalori. Saya perlu berjoging 16 minit untuk membakar 150 kalori itu. 5. Ini tidak termasuk kalori dari makanan lain. 6. Minum teh tarik tak salah, yg salah ialah kita minum teh tarik pagi, tgh, ptg dan malam. Salam hormat.