Kisah Kewafatan Rasullullah

Saya tuliskan disini kisah kewafatan Rasullullah yang saya salin dari Buku Muhammad Anak Yatim karya Prof. Dr. Muhammad Sameh Said Bab 40 Menuju Rafiqul A`La dengan niat untuk memudahkan rujukan saya pada masa hadapan dan menitipkan peristiwa paling sedih dan syahdu bagi umat Islam. Andai kata tulisan ini bermanafaat, maka kebaikkan dunia dan akhirat kepada penulis buku serta sekelian yang terlibat dalam penghasilan buku itu. Semoga bertambah cinta kita kepada Rasullullah. Buku Muhamma Anak Yatim diedar dan diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf.

Pendahuluan

1. Setelah selesai ibadat Haji Wada, wahyu daripada AllahSWT tutun mengisyarakat bahawa ajal Rasullullah semakin hamper. Sesampainya di Madinah, Baginda menyelesaikan beberapa urusan kemudian turunlah ayat penutup> Jarak antara turunnya ayat ini dengan ajal Baginda hanya selama 81 hari. Selama tempoh ini berlangsung tidak ada lagi ayat al-Quran yang diturunkan. Sunguh yang halal itu sudah jelas dan yan gharam itu juga sudah jelas. Agama Allah telah disempurnakan.

2. Ketika itu yang membimbangkan Rasullullah ialah tentang kerajaan  Rom. Baginda berpendapat, pentingnya mengamankan perbatasan kekuasaan Islam dan Rom di Syam. Lebih-lebih lagi, gabenor berasal dari Rom bernama Farwah bin Amr, telah memeluk Islam.

3. Keinginan Baginda ini disampaikan kepada Farwah agar mendapat bantuan daripadanya. Namun, keinginan Baginda ditambah pula dengan akidah pegangan Farwah, telah membuatkan kaum Rom menjadi berang sehingga mereka bersikap keras terhadap gabenor tersebut. Mereka telah mengirimkan pasukan khusus untuk menangkap dan memenjarakannnya.

4. Akhirnya, Farwah yang telah memeluk Islam itu dibunuh, disaib dan diarak di jalanan supaya orang ramai berasa takut dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Rom kepada mereka yang dianggap penghianatan kerana memeluk Islam.

5. Rasullullah kemudian memerintahkan pasukan tenteranya bersiap untuk melawan bangsa Rom ini. Tujuannya untuk melindungi orang-orang yang ingin memeluk Islam. Persiapan pasukan ini sangat terkenal dalam sejarah, dimana sejumlah pasukan sangat besar dikumpulkan untuk menuju Syam pada tahun ke sebelas Hijrah. Dalam pasukan itu terdapat pada sahabat yang ikut berhijrah Bersama Baginda iaiatu Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Namun, Rasullulah melantik Usamah bin Zaid bin Haris sebagai penglima perang; walaupun usia Usmamah pada masa itu masih sangat muda, yakni belum genap 20 tahun.

6. Dengan penuh keyakinan, Baginda berpesan kepadanya, "Pergilah ke tempat di mana ayahmu terbunh. Berjalanlah dengan gagah berani menunggang kuda kerana sesungguhnya kamu sedang memimpin pasukan perang yang besar. Setibanya di perkampungan penduduk Ubna pada weaktu pagi, bakarlah harta kekayaan mereka. Percepatkanlay perjalanan kamu kesana supaya khabar kedatanganmyu lebih cepat sampai di telinga musuh. Jika Allah meberi kemenangan, jangalah berlama-lama tinggal disana. Bahkan bawalah penunjuk jalan dan pengikut bersamamu".

Baginda Mulai Gering

7. Selepas mempersiapkan pasukan besar ini, Baginda jatuh sakit. Abu Muwaihibah yang setiap hari melayani keperluan Rasulullah bercerita, "Di pertengahan malam, Rasulullah mengajakku ke Baqi, Baginda berkata: `Wahai Abu Muwaihibah, Sungguh aku telah diperintah untuk meminta keampunan untuk para penghuni kubur Baqi. Aku mohon pergilah bersamaku ke Baqi`. Aku pun berangkat Bersama Baginda. Sesampainya di sana Baginda berdiri dan berucap. Àssalamualaikum, wahai penghuni kubur, semoga pagi kalian sentiasa lebih bersinar dari pagi yag dialami manusia. Sungguh fitnah telah berlaluseperti berlalunya malam yang gelap, bergantian satu sama lain, sesungguhnya kami akan menyusul`. Baginda kemudian mengadap ke arahku lalu berkata. `Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah dberi dengan kunci-kunci kekayaan dunia, hidup kekal di dalamnya, kemudian masuk syurga. Aku diberi pilihan untuk memilih antara itu semua denga pertemuan dengan Tuhanku dan syurga` ''.

8. "Aku kemudian berkata, Demi ibu bapaku dalam ibu bapamu. Jika begitu ambillah kuncu-kunci kekayaan dunia , hidup keka di dalamnya dan masuk syurga. Tetapi  bagind menjawab `Tidak wahai Abu Muhaihibah, benar-benar aku akan memilih bertemu dengan Tuhanku dan masuk syurga, kemudian aku akan meminta ampunan bagi penghuni kubur Baqi`.

9. Beberapa hari sebelum itu Baginda pergi ke Bukit Uhud dan melakukan solat dua rakaat di atas makam para syuhada Uhud. Kemudian berpaling dan menaiki mimbar lalu berkata kepda para sahabat, `Sesungguhnnya aku menjadi saksi atas kalian, demi Allah, sekarang sungguh benar -benar aku telah melihat telagaku, aku telah diberi kunci-kunci kejayaan dunia, tapi demi Allah aku tidak takut kalian berbuat syirik kepada Allah sepeninggalanku. Namun, aku lebih bimbang kalian berlumba-lumba meraih kekayaan dunia itu`.

10. Selepas berziarah ke Baqi, sakit Baginda semakin teruk sehingga kaum Muslimin hilang tumpuan untuk mempersiapkan pasukan tentera. Bahkan Rasullullah sendiri berasakan perlahannya persiapan pasukan ini. Kedengaran desas-desus bahawa pasukan ini tidak mahu dipimpin oleh Usamah kerana usianya yang masih muda. Mereka berkata "Rasullullah telah mengangkat panglima perang yang muda untuk memimpin kaum Muhajirin dan Ansar". Mendengar hal itu, Baginda keluar dengan kepala yang berbalut kemudian duduk di atas mimbar. Baginda bertahmid dan memuji Allah SWT kemudian berkata `Wahai sekalian manusia, berangkatlah bersama pasukan Usamah, demi umurku, jika kalian berkeberatan dengan kepimpinannya sungguh kalian telah berkeberatan dengan kepimpinan ayahnya padahal ayahnya adalah orang yang sangat ahli dalam memimpin perang. Jika ayahnya saja sudah demikian, maka demikian pula anaknya`.

11. Kemudian Baginda turun dari mimbar dan menyuruh kaum Muslimin segera bersiap. Usamah keluar diikuti pasukan besar untuk berhadapan dengan Rom. Pada hari pertama keberangkatan, pasukannya mendirikan khema dipinggir Madinah. Orang ramai sanak keluarga masih boleh menyusul da mengucapkan selamat tinggal. Akan tetapi keadaan Rasullullah ketika itu sudah semakin berat.Usamah dan pasukannya masih tetap tinggal di penghujung Madinah menunggu takdri apa yang akan Allah SWT tentukan kepada rasulNya. Selepas 14 hari pasukan tentera berangkat pergi.

12. Aisyah menceritakan "Ketika Rasullullah kembali dari ziarah kubur di Baqi, Baginda mendapatiku sedang merintih sakit kepala. Aku berkata, duhai kepalaku. Baginda berkata `Wahai Aisyah, demi Allah, demikian pula kepalaku" Baginda menambah"Apa yang merugikanmu jika kau mendahuluiku. Sementara aku masih hidup, aku mengafäni, mensolatkan dan  menguburkanmu"Aku berkata, demi Allah, sungguh aku berbahagian jika itu terjadi dan Badinda melakukan itu terhadapku. Tapi aku sudah kembali ke pangkuanNya dan engkau kembali kepada isteri-isteri yang lain". Rasullullah kemudiannya tersenyum.

13. Seperti biasa Rasullullah melakukan giliran kepada isteri-isteri yang lain Sehinggalah ketika sakitnya semakin kuat. Baginda berada di rumah Maimunah. Lalu Baginda memanggil isteri-isteri yang lain, Baginda meminta izin kepada mereka agar dirinya dirawat di rumah Aisyah.

14. Untuk memenuhi keinginannya, Baginda dibantu oleh Fadhl bin Abbas dan Ali bin Abi Thalib dengan kepalanya dibalut dan kedua kaki yang menapak ke tanah tanpa perlu diangkat untuk dilangkahkan. Walaupun dalam keadaan yang sangat lemah, setiap kali tiba waktu solat, Baginda tetap mengimaminya. Begitu juga Baginda masih tetap memberikan kepada kaumnya nasihat dan memberikan baiàt.

15. Ketika sakitnya semakin tenat, Baginda bersabda, "Tolong sirami aku dari tujuh bekas air dari beberapa sumur sampai tiba aku keluar menemui orang-orang dan membaiàt mereka". Lantas kami dudukkan Baginda di sebuah timba besar milik Hafsah binti Umar. Baginda pun disirami dengan geriba-geriba itu hingga Baginda memberi isyarat.

Saat-Saat Terakhir Baginda SAW

16. Rasullullah dengan keadaan kepala yang masih berbalut, duduk diatas mimbar dan menyampaikan ucapannya. Pertama kali yang disampaikannya adalah berselawat agak lama kepad apara syuhada  Uhud. Kemudian memohon keampunan buat mereka. Setelah itu Baginda bersabda, "Janganla kalian menjaikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Barangsiapa dari kalangan kalian yang pernah aku pukul punggungnya, maka inilah punggungku, balaslah!Barangsiapa yang pernah aku maki kehormatannya maka inilah kehormatanku, balaslah! Barangsiapa yang pernah aku ambil hartanya maka inilah hartaku, ambillah!Jangan berasa takut aku menjadi marah".

17. Lalu dating seorang lelaku yang mengaku mempunyai tiga dirham hutang. Dengan cepat Baginda memberikan haknya tanpa bertanya apa-apa. Baginda kemudian meneruskan, "Wahai sekelian kamu Muhajirin, saling berwasiatlah kebaikkan kepada kaum Ansar, kerana manusia sentiasa bertambah sedangkan kaum Ansar keadaannya tidak bertambah. Mereka adalah tempat berlindung yang aku tuju, berbuat baiklah kepada mereka yang telah berbuat baik dan maafkanlah perbuatan jahat yang pernah dilakukannya".

18. Baginda juga menambah,"Sesungguhnya ada seorang hamba di antara sekian banyak hamba diberi pilihan oleh Allah antara mendapatkan dunia atau pahala yang ada di sisiNya, tapi kemudian dia memilih pahala yang ada di sisiNya". Abu Bakar memahami bahawa yang dimaksudkan oleh Rasullulllah adalah dirinya sendiri. Spontan beliau menangis sehingga kaum Muslimin di situ berasa hairan. Lalu Aku Bakar berkata, "Biar kami menjadi penebus, juga anak-anak kami".

19. Rasullullah berkata, "Tenanglah wahai Abu Bakar, jangan menangis. Lihatlah pintu-pintu yan gmengarah ke masjid ini. tutuplah oleh kalian kecuali pintu Abu Bakar kerana aku tiadak tahu ada seorang pun yan glebih Utama dibandingkannya di antara sekian sahabat yang ada". Baginda melanjutkan, ""Wahai sekelian manusia, sesungguhnya manusia yang telah memberikan rasa aman dalam persahabatan dan harta bendanya adalah Abu Bakar. Kalau aku diperkenankan untuk mengangkat seorang 'khalil' (pendamping pilihan) nescaya aku akan mengangkat Abu Bakar ini. Akan tetapi persahabatan dan persaudaraan iman aku pilih sampai Allah mempertemukan kami satu sama lain di sisiNya".

20. Sehingga peristiwa itu, Baginda masih tetap mengimami kaum Muslimin dalam solatnya sehingga saat sakitnya benar-benar menghalang untuknya bergerak keluar dari rumahnya, tapi kemudian Baginda berkata, "Mintalah Abu Bakar untuk mengimami kaum Muslimin melaksanakan solat". Aisyah menyenangi andai Baginda sendiri yang mengimami solat kerana ia dapat memberikan semangat dan dorongan kepada kaum Muslimin, Aisyah berkata, "Sesungguhnya Abu Bakar adalah orang yang lembut hati, suaranya pelahan, banyak menangis apabila membaca al-Quran". Rasullullah kemudian mengulangi lagi permintaannya, "Mintalah Abu Bakar untuk mengimami kaum Muslimin melaksanakan solat". Aisyah pun mengulangi ucapannya sehingga akhirnya Rasullullah berteriak sehingga sakitnya semakin menjadi-jadi, "Sesungguhnya kalian adalah sahabat Yusuf, cepatlah minta Abu Bakar mengimami solat".

21. Aisya menjawab. "Demi Allah, tiada lain aku mengatakan demikian kecuali aku berniat ingin seklai menghindarkan yang tidak diinginkan atas Abu Bakar. Aku tahu ada yang tidak akan menyukai apabila ada yang menggantikan tempatmu. Di hati mereka akan tertanam keputas-asaan. Sungguh aku benar-benar ingin menghindarkan itu terhadap diri Abu Bakar".

22. Keadaan yang sedang berlaku membuatkan hati Rasullullah senang, yakni apabila Abu Bakar mengimami solat kaum Muslimin. Hatinya menjadi tenteram dengan menyerahkan urusan umat kepada sahabat tercinta Abu Bakar. Tercatat selama menggantikan kedudukan Rasullullah, Abu Bakar mengimami solat sebannyak 17 kali. Pernah suatu ketika Abu Bakar tidak dapat hadir ke masjid, lalu ketika Bilal melaungkan azan, Abu Zam'ah meminta Umar Al-Khattab untuk mengimami kaum Muslimin, menggantikan Abu Bakar. Umar mempunyai suara yang nyaring dan jelas kedengaran sehingga ke penjuru masjid. Namun, ketika Umar bertakbir mengimami solat, Baginda bertanya, "Di mana Abu Bakar? Sungguh Allah dan kaum Muslimin menolak keadaan ini".  Kemudian Abu Bakar dicari atas titah Baginda, dia pun datang selepas selesai Umar mengimami solatnya. Tetapi kemudian Rasullulah menyuruh kaum Muslimin mengulangi solatnya dan diimami Abu Bakar. Umar lalu mencari Ibnu Zamáh, dia berkata, "Celaka kamu, wahai Ibnu Zamáh, apa yang kamu lakukan kepadaku? Demi Allah, sungguh aku menyangka ketika kamu menyuruhku menjadi imam itu atas perintah Rasullullah, kerana kalau tidak begitu tentu aku tidak akan mahu".

Keadaan Baginda SAW Yang Semakin Genting

23. Demikian Rasullullah bertegas mahu Abu Bakar sebagai penggantinya. Bukan hanya dalam urusan solat tapi juga dalam perkara lain. Waktu itu sakit Baginda semakin berat. Demamnya semakin kuat. Setiap kali menyentuh pakaianya, para sahabat merasakan betapa panasnya badan Baginda.

24. Mengetahui hal itu, puterinya Fatimah hamper setiap hari menjenguknya. Ayahanda yang sangat mencintainya biasannya akan menyambutnya dengan mesra sambil berdiri setiap kali dia bertandang ke rumah Aisyah. Namun, kali ini ayahandanya tidak mampu berdiri sehingga Fatimah yang menjenguk hanya mampu menciumnya.Namun, seperti biasa Baginda akan berkata, "Selamat dating wahai puteriku". Kemudian mempelawanya duduk di sampingnya.

25. Demam Rasullullah masih tidak kebah. Baginda sering meletakkan tangannya dalam air, kemudian mengusap ke wajahnya. Bahkan adakalahnya Baginda tidak sedarkan diri. Namun, tidak lama selepas itu, Baginda bangun dalam keadaan merintih kesakitan sehingga Baginda berkata, "Bagaimana Allah membiarkan RasulNya merintih kesakitan".

26. Namun kenyataannya Allah SWT memperlakukan RasulNya sama seperti manusia lain. Tidak diberi keistimewaan dalam urusan kematian. Jika manusia berasa lemah, sakit dan kemudian meninggal dunia, maka demikan pula dengan Nabi Muhammad SAW. Bukankah Allah Taala telah menguji Nabi Ayub a.s dengan penyakit dan rasa sakit? Namun Baginda Rasullulah menghadapinya dengan sabar agar menjadi tauladan kepada manusia. Maka saat ini Baginda sedang melalui fasa terakhir sakit menjelang kematian.

27. Baginda berkata kepada para sahabat yang berada berhampirannya, "Sesungguhnya menahan untuk aku tetap tersedar adalah seperti kekuatan dua orang dari kalian melakukannya". Baginda kemudian membuat satu permintaan, "Datangkan kepadaku lembaran kertas, akan aku tuliskan untuk kalian sebuah kitab yang selamanya kalian tidak akan sesat selama berpegang teguh kepadanya". Mereka yang berada disekitarnya berkata, termasuklah Umar,"Sungguh Rasulullah telah meracau kerana demamnya. Bukankah disini kita sudah ada al-Quran dan bukankah kitab suci dari Allah itu cukup buat kita?".

28. Kaum Muslimin semakin gusar tentang apa yang akan diminta oleh Baginda itu. Di antara mereka ada yang berpendapat agar dipenuhi sahaja permintaannya dan sebahagiannya lagi berasa taku tmelihat keadaan itu. Kemudian Baginda bersabda, "Lakukanlah apa yan gaku minta, tidak layak kalian berselisih di hadapan Nabi".

29. Mendengar khabar sakit Rasullullah semakin teruk, Usamah dan beberapa pasukan yang masih berada di sekitar Madinah kembali memasuki Madinah. Usamah terus menuju ke rumah AIsyah. Didapati Baginda sudah diam tidak bersuara. Namun, tangannya masih mampu menadah ke langit. Mengetahui kedatangan Usamah, Baginda meletakkan tanganya kepada Usamah. Ketika itu, Usamah tahu bahawa Nabi sedang mendoakannya.

30. Keluarga yang berada di rumah Aisyah mengetahui keadaan ini dan ingin berusaha mengubati Baginda dengan memberi ubat, lalu Asma binti Maimunah menyediakan ubat yang pernah dipelajarinya selama beberpa hari di Habsyah ketika berhijrah. Apabila ubat itu dititiskan ke mulut Baginda, Baginda berkata, "Siapa yang melakukan ini? Kenapa?. Bapa saudara Baginda bernama Abbas berkata, "Wahai Rasullullah, sungguh kami takut engkau berada dalam keadaan tidak sedar selamanya".  Baginda berkata, Ïni adalah penyakit yang semata-mata Allah tidak berikan buat diriku".  Kemudian Baginda memerintahkan semua yang ada di rumah kecuali Abbas supaya meletakkan ubat yang dibuat oleh Asma ini ke mulutNya.

31. Kisah lain ketika menjelang kematian Baginda, telah diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai tujuh dinar, yakni harta yang masih belum disedekahkan. Baginda sangat takut jika Allah mencabut nyawanya jika 7 dinar itu masih dalam genggamannya. Lantas Baginda menyuruh keluarganya untuk menyedekahkannay. Namun keluarganya masih sibuk dengankeadaan sakitnya sehingga terlupa mengenainya.  Apabila sesekali Baginda sedar dari sakitnya, Bagnda bertanyakan mengenai wangtersebut, apakahia sudah diagihkan kepada si fakir atau sebaliknya. Namun, Aisyah menjawab bahawa wang itu masih ada padanya. Saat itu Baginda meminta kembali wang itu dan meletakkan di telapak tangannya dan berkata, "Apa sangkaan kalian jika Muhammad bertemu dengan Tuhan sedang ia masih memiliki ini?". Tidak berapa lama selepas itum Aisyah sedekahkan wang itu kepada fakir miskin yang ada di Madinah, membebaskan hamba dan menghadiahkan senjatanya kepada kaum Muslimin. Pada suatu malam, Aisyah meminjam minyak daripada hambanyauntuk menerangi pelitanya, sedangkan  perisai yang dimiliki Baginda telah digadaikan kepada slah seorang Yahudi sebanya 30 sha`kacang.

32. Setelah kesihatan semakin pulih, Baginda menyingkap tirai rumahnya dan pintu rumah juga dibuka. Ketika itu, Baginda berdiri melihat kaum Muslimin berbaris dalam solat mereka. Dalam keadaan itu, Baginda keluar dibantu oleh Ali bin Abu Thalib. Hampir saja kaum Muslimin terbatal solat mereka kerana mahu keluar menyambut Nabi disebabkan rasa gembira melihat keadaan Baginda kembalu sihat. Bahkan Abu Bakar yang sedang mengimami pun beranjuak mundur ke belakang. Namun Rasullullah menolak belakangnya untuk tetap mengimami. Baginda berkata, "Tetaplah solat Bersama orang-orang".

Bicara Terakhir Rasullullah SAW

33. Rasullullah kemudian duduk di sisi Abu Bakar dan solat. Selepas selesai solat Baginda menghadap orang ramai dan berbicara, "Fitnah itu laksana sepenggal aktu malam yang gelap. Demi Allah, jangan kamu berpegang teguh kepadaku sedikit pun, aku tidak akan menghalalkan kecuali apa yang dihalalkan al-Quran dan tidak akan mengharamkan kecuali apa yang diharamkan a-Quran. Allah akan melaknat satu kaum yang menjadikan kuburan Nabi sebagai masjid. Wahai sekelian manusia, sungguh telah sampai khabar kepadaku bahawa kalian khuatir ditinggal mati oleh Nabi kalian. Apakah ada Nabi yang hidup kekal sebelumnya sehingga aku mesti tetap hidup mendampingi kalian? Ketahuilah sesungguhnya aku akan bertemu Tuhanku sebagaimana kalian pun akan menyusulku. Aku berwasiat kepada kalian untuk berlaku baik kepada kaum Muhajirin pertama, hendaklah pula kaum Muhajirin satu sama lain berwasiat kebaikkan, sesungguhnya Allah berfirman; Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikkan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran".

34. Kemudian Baginda menyambung lagi, "Sesungguhnya segala urusan berlakku atas izin Allah, tidak sekalipun kalin dapat melambatkan urusan yang Allah segerakan dan tidak pula sebaliknya. Barang siapa yang berusaha menolong agama Allah nescaya Dia akan menolongnya, barang siapa yang menipu agama Allah, maka dia akan menipunya. Apakah kalian hendak berpaling untuk berbuat kerosakan di muka bumi ini dan memutuskan tali silatulrahim? Aku berwasiat kepada kalian untuk berlaku baik kepada kaum Ansar kerana mereka telah menyiapkan rumah, memupuk keimanan sebelum kalian,jadi hendaklah kalian berbuat baik kepada mereka, bukankah mereka telah rela bebahagi dengan kalian? Bukankah mereka telah berlapang dada dan mempersilakan kalian tinggal di rumahnya? Bukankah mereka rela mendahulukan sesuatu atas kalian dibandingkan dirinya biarpun mereka memerlukan? Ketahuilah barangsiapa diberi kepercayaan untuk memutuskan antara dua orang yang berselisih maka terimalah perbuatan baiknya  dan lupakan kejelikannya. Jangan kalian berlaku melebihi batas atas mereka. Sesungguhnya aku akan meninggalkan kalian dan kalaian akan segera menyusulku. Aku hanya akan janjikan kepada kalian telagaku. Ketahui barang siapa yang ingin kembali ke pangkuanku besok, maka hendaklah mampu menahan bahaya tangan dan lisannya".

35. Inilah khutubah terakhir Rasullullah. Selepas hari itu, Baginda tidak lagi naik mimbr. Baginda mewasiatkan kaum Muslimin untuk saling mencintai, bersatu teguh, menyambung silaturahim antara kaum Muhajirin dan Ansar. Setelah itu Rasullullah kembali ke rumahnya. Orang ramai gembira keadaan Baginda yan gsemakin baik. Abu Bakar dan Umar pun sibuk menjalani kehidupan mereka. Waktu itu emosi kaum Muslimin kembali pulih. Tetapi hakikatnya itulah permulaan kepada kewafatan Baginda.

36. Ketika dating waktu Duha, Nabi Muhammad memanggil Fatimah dan berbisik sesuatu. Kemudian Fatimah menangis. Kali kedua Baginda memanggil Fatimah, lalu membisikkan sesuatu yang kemudian membuatkan Fatimah tertawa. Aisyah berkata, "Kami kemudian bertanya keapda Fatimah mengenai hal itu". Fatimah menjawab, "Nabi memberiku khabar gembira yang rasa sakitnya akan dicabut dengan kematiannya. Aku pun menangis. Kemudian Baginda memberiku khabar gembira yang aku adalah keluarganya yang pertama akan menyusulinya. Aku pun gembira dengan itu. Fatimah diberi khabar bahawa dia akan menjadi 'sayidah'(tuan) dari segenap kaum perempuan di dunia ini.

37. Fatimah melihat Baginda kembali gering terseksa kerana sakitnya sehingga menyebabkan Baginda tidak sedarkan diri. Fatimah kemudian berkata, "Wahai ayahanda, sungguh engkau benar-benar berada dalam kesakitan". Baginda pun berkata, "Selepas hari ini tidak akan ada lagi rasa sakit".

38. Baginda kemudian memanggil Hasan dan Husin dan mencium keduanya, serta berwasiat agar mereka sentiasa berbuat baik. Baginda juga memanggil isteri-isterinya, menasihati mereka, mengingatkan dan memberi mereka wasiat. Baginda bersabda, "Solat..solat dan perhatikan orang-orang yang ada dalam tanggungan kalin". Pesan ini disampaikan Baginda kepada umatnya, kerana kesibukan dan nafsa dunia tidak membuatkan mereka lupa akan solat. Inilah yang paling ditakutkan oleh Baginda. Baginda kemudian melihat kepada semua penjuru masjid dan penuh  penghormatan seolah-olahmelakukan perpisahan. Selepas itu, Baginda membaca, "Ya Allah, ringankanlah sirakatul maut atasku".

39. Aisyah kemudian berkata,"Selepas hari di mana Rasullullah berada  di masjid ketika itu, Baginda kembali ke rumah, kemudian berbaring di pangkuanku". Tidak lama kemudian, seseorang dari keluarga Abu Bakar masuk ke rumah membawa siak berarna hijau. Baginda melihat apa yang dibawanya seperti menginginkannya. Aku berkata, "Wahai Rasululllah, apakah engkau menginginkan siwak ini". Bagnda menjawab, "Ya".

40. Aku pun mengambildan mengunyah hujungnya sehingga menjadi lembut kemudian memberikan kepada Baginda. Baginda menggosokkan ke mulut dengan keras. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelumnya dengan siwaknya. Kemudian Baginda meletakkan siwak itu kembali. Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan tindihan di panguanku semakin bert. Aku melihat wajahnya dan ternyata penglihatannya sudah terbelalak. Baginda berkata, Äku sedang menuju rafiqui a`la di syurga". Aku berkata, "Sungguh dirimu telah diberi pilihan dan dirimu telah memilih. Demi yang telah mengutusmu dengan benar".

41. Rasullullah SAW telah dipanggil ke hadapan Allah SWT pada waktu Duha, hari Isnin 12 Rabiul awal, tahun 11 Hijrah yang bertepatan dengan 8 Jun 632 M. Tentang hari ini Baginda pernah berkata, Ïtu adalah hari di mana aku dilahirkan, hari dimana aku hijrah dan hari di mana aku diwafatkan".


Comments

Popular posts from this blog

Oral Health Literacy Instrument Malay Version (OHLI-M)

Panjat Kelapa

Cita cita Untuk Masuk Universiti Malaya