Panjat Kelapa
2. Kelapa tua dan kelapa masak diperlukan terutamanya bila nk raya atau puasa lebih lagi jika Onyang dan Wan sy nk buat penganan (dodol).
3. Oleh kerana sudah tinggi, Tok Nyang saya akan mengupah org untuk memanjat kelapa. Saya masih ingat yg biasa diupah ada 2 org samaada Likok atau lagi seorg bernama Duman.
4. Duman orgnya serius, tinggi, lebih tua dari atuk saya tetapi muda lagi dari Tok Nyang. Beliau dtg dgn motosikal.
5. Likok pula kelakar, suka berjenaka dan peramah. Pendek orangnya dan menaiki basikal.
6. Kedua dua mereka amat mahir dlm memanjat kelapa, sampai di puncak mereka mengugurkan kelapa satu persatu. Kami lihat dari jauh dan gemar pula melihat satu persatu nyior gugur. Ada kalanya pelepah mati turut serta.
7. Itu kenangan 30 tahun lalu. Kini Duman dan Likok dah tiada. Pokok kelapa yg tinggi tinggi pun dah tiada, kebanyakkan mati disambar kilat kerana semakin meninggi.
8. Gambar menunjukkan anak saya cuba memanjat kelapa di Kg Terap, kg aruah atuk sebelah ibu sy. Tak sama dgn teknik memanjat Duman dan Likok.
Masa lalu tidak akan berulang.

Comments
Post a Comment