Cita cita Untuk Masuk Universiti Malaya
Setiap orang yang masuk universiti mungkin mempunyai cerita mereka sendiri, dan ini adalah cerita saya. Tiada apa yang istimewa, cuma saya sekadar menyuratkan apa yang ada dalam kenangan.
1. Dalam keluarga besar ini, tiada seorang pun yang masuk universiti. Itulah kata-kata Tok Teh, datuk saudara saya, adik kepada nenek sebelah ibu saya. Nenek saya itu ada 11 orang adik beradik. Nenek saya anak ke 3. Sememangnya adik beradik nenek saya rapat antara satu sama lain, jadi sifat mesra sesama itu turut diwarisi oleh ibu saya sesama sepupu sepapatnya yang berjumlah lebih 60 orang dan turun juga kepada saya.

2. Ya betul katanya, dalam keluarga besar itu, tiada satu pun yang masuk universiti. Pendidikan tertinggi kalau ada pun maktap perguruan dan Institut Teknologi Mara (ITM). Masa itu ITM belum lagi bertaraf universiti. Kata-kata ini sedikit secubit memberi perangsang kepadaku untuk berusaha agar dapat masuk ke universiti.
3. Malangnya saya tiada ikon yang boleh saya jadikan benchmark untuk memecah tradisi ini. Malah di kampung tempat saya dibesarkan ini pun, tiada seorang pun yang memecahkan trasisi itu walaupun sudah 42 tahun merdeka. Seolah olah masuk universiti tu benda taboo dan pelik.
4. Satu hari seingat saya ketika di Tingkatan 2, saya terjumpa flip file lama berwarna coklat didalam almari di rumah baruh (rumah moyang saya). Kulit luar flip file ini terdapat logo Universiti Malaya dan dibahagian bawahnya tertulis Persatuan Mahasiswa Univeristi Malaya. Bila dibuka, fail itu mengandungi nota-nota pengajian Tok Udo, adik nenek saya yang bongsu. Tok Udo pernah belajar kursus Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai yang berjiran dengan Universiti Malaya. Saya percaya , beliau membelinya dari mana-mana kedai dalam universiti itu. Pada saya, peristiwa itu merupakan sentuhan pertama universiti ke jiwa saya.Walaubagimanapun, tradisi masuk belajar di universiti adalah benda pelik menyebabkan saya sekadar memikirkannya secara bersahaja.
5. Apabila di Tingkatan 4, saya memasuki aliran Sains. Dari itu, saya telah mula memikirkan ke mana hala tuju selepas tamat sekolah. Masuk ke universiti adalah keutamaan utama dan universiti yang ada dalam minda saya ketika itu ialah Universiti Malaya. Ketika itu, universiti awam hanya ada 6 sahaja, universiti swasta baru nak buat MoU penubuhan. Universiti Malaya memang tidak perlu dikenalkan lagi kerana banyak pendapat para intelektualnya di siarkan di media-media masa. Guru Biologi yang mengajar kelas saya, namanya Mr Morgan Vadivello merupakan bekas mahasiswa Universiti Malaya dan beliau menggalakkan untuk memilih universiti itu. Dari itu, saya mula menanam cita-cita satu hari nanti saya mesti memasuki universiti dan pilihan utama saya ialah Universiti Malaya.
6. Sebagai anak kampung, dari pekan kecil, keluarga pula miskin, bersekolah di sekolah harian yang memang tidak dipandang sebagai sekolah pilihan, cabaran yang telah dilalui amat mencabar. Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada ibu, atuk dan nenek yang memberi sokongan. Mereka tidak sekolah tinggi. Ibu saya setakat darjah 6. Nenek saya langsung tidak boleh membaca dan menulis. Sungguhpun begitu, ibu saya sentiasa memastikan keperluan pelajaran saya cukup disebalik kerja keras beliau menyara keluarga dengan bekerja di kilang membuat atap genting. Pelajaran memerlukan wang. Perlu duit untuk beli buku kerana buku teks sahaja tidak mencukupi. Perlu ada buku nota, buku latihan, buku latihan fotostate yang diberi guru, yuran PIBG, baju, beg, yuran tambahan dan sebagainya. Ada kawan-kawan yang terpaksa bekerja selepas sekolah atau dihujung minggu menjadi KD di padang goft atau mengabil upah membantu katering untuk mendapatkan wang saku tambahan, tetapi saya tidak kerana ibu saya menyediakan keperluan membolehkan saya menumpukan kepada pelajaran. Saya juga berterima kasih kepada diri saya ketika itu kerana mempunyai azam dan usaha keras. Jika saya pada masa lalu tiada ada cita-cita dan bermain-main, saya tidak akan mepunyai keputusan peperiksaan yang melayakkan.
7. Keputusan SPM tidaklah sehebat mana, tetapi cukup melepasti kelayakakan untuk memohon. Saya pohon UPU bersama rakan-rakan yang lain. Saya memohon Program Asasi Sains Hayat di Universiti Malaya sebagai pilihan pertama dan UKM, USM dan UPM sebagai pilihan selanjutnya. Program matrikulasi atau asasi ialah program untuk pelajar bumiputera. Saya juga memohon institut Pendidikan bawah MARA dan Maktab Perguruan sebagai Pelan B.
8. Keputusan dimaklumkan melalui telifon talian khas UPU. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tempat di Program A001 di Universti Malaya, kata program telifon. Selanjutnya saya perlu menghubungi Universiti Malaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sambungan berikutnya: Menjejak Kaki Di Universiti Malaya

Comments
Post a Comment