Barangsiapa Yang Menghidupkan Sunnahku, Maka Ia Telah Mencintaiku
(Bab 54 dari buku Wasiat-Wasiat Rasullullah SAW Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Peribadi, Individu dan Masyarakat oleh Dr. Muhammad Bakar Ismail Guru Besar Tafsir dan Ulumul Quran, Universiti Al Azhar. Telah diterjemah oleh para pentejemah dan di terbitkan di Malaysia oleh Berlian Publication Sdn Bhd) dan aku telah membeli buku ini pada tahun 2013 dan ingin aku kongsikan disini.


1. Daripada Anas Radhiallahu Anhu baginda Rasullalah SAW bersabda: "Wahai anakku apabila engkau mampu menghadapi pagi dan petang dan tidak ada di dalam hatimu sesuatu bentuk pengkhianatan bagi seseorang, maka lakukanlah". Kemudian baginda melanjutkan, " Wahai anakku, itu adalah sunnahku, maka ia telah mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia telah akan bersama diriku di dalam syurga". (Diriwayatkan daripada Tirmidzi dan merupakan hadis hasan)


2. Adalah Anas bin Malik sangat senang menemani dan menjadi sahabat Rasullallah SAW. Anas mendapatkan kemuliaan dengan berkhidmat kepada baginda sejak berusia sepuluh tahun. Beliau menjalankan perkhidmatan ini selama sepuluh tahun dan akhirnya mendapat kemenangan yang besar dengan wasiat-wasiat Rasullullah SAW yang penuh hikmah. Anas pun berusaha sekuat tenaga untuk menghafal dan menyampaikan segala seruan daripada baginda Rasullallah SAW serta mengamalkannya.


3. Menuntut ilmu pada zaman muda bagaikan memahat di atas batu, demikian kata pepatah Arab. Lebih-lebih lagi Anas menikmatinya dengan ruh yang baik dan jiwa yang tenang, serta kecerdasan yang memadai. Masa kecilnya dihabiskan bersama-sama Rasullullah SAW, berjalan bersama Rasullulah SAW, serta mendengar dan melihat apa yang baginda sebut dan lakukan.


4. Baginda Rasullullah SAW juga mengizinkan Anas untuk memasuki khamar baginda bersama isteri-isterinya sebagaimana yang dibataskan syariat.


5. Rasullullah SAW juga memberikan perhatian sepenuhnya kepada Anas dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik. Baginda juga mempersiapkannya sebagai seorang pemuda Islam yang bertakwa. Kehidupannya dipenuhi dengan wasiat-wasiat yang dapat membersihkan dirinya serta memperkuatkan keinginannya.


6. Anas meriwayatkan segala sesuatu yang didengarnya daripada Rasullulah SAW dengan penuh rasa amanah dan keikhlasan. Tiada sebarang perkara yang disembunyikannya apabila mendengar segala kata-kata daripada Rasullullah SAW yang berkaitan dengan faedah bagi kaum muslimin.


7. Wasiat ini merupakan salah satu wasiat baginda kepada orang yang mulia ini. Anas juga merupakan salah seorang daripada sahabat dan penolong baginda. Dia meriwayatkan kepada kita agar kita juga dapat mengamalkannya da mengatur langkah sesuai dengan tuntutan yang sebenar menurut agama di dalam menjalani kehidupan dunia.


8. Baginda Rasullullah SAW bersabda kepadanya didalam wasiat ini " Wahai anakku apabila engkau mampu menghadapi pagi dan petang dan tidak ada didalam hatimu suatu bentuk pengkhianatan bagi seseorang, maka lakukanlah."


9. Makna hadis tersebut amatlah jelas dan tidak memerlukan penulisan yang terpeinci lagi. Terdapat bebarapa perkara yang amat diagungkan menerusi beberapa isu yang tersirat di dalam hadis ini .


Antaranya adalah;


   i ) Baginda memanggil pembantunya dengan disebutkan " wahai anakku" ini menunjukkan sifat rendah diri baginda Rasullullah SAW. Rendah diri adalah salah satu sifat hamba-hamba Allah SWT yang Maha Pengasih.
 Allah berfirman yang bermaksud "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati" - Surah Al Furqan Ayat 63
 Yakni tawadhuk dan tiada merasa lebih tinggi daripada orang lain tanpa mengira apa jua keadaan, tidak merasa bangga atas harta yang dimilikinya ataupun nasab keturunannya serta tidak membawa sifat kedengkian atau rasa dendam, walaupun terpaksa berhadapan dengan para musuhnya. Tidak menunjukkan sifat-sifat murka kepada mereka kecuali kerana Allah SWT. Insan seperti ini diibaratkan bagai bintang di langit yang memancarkan cahayanya ketika kegelapan malam.


Sebaik-baik orang yang tawadhuk adalah baginda Rasullullah SAW. Baginda adalah manusia yang paling bertakwa, manusia yang memiliki kisah perjalanan yang baik dan terpuji, serta manusia yang memiliki akhlak yang paling baik dan terpuji.


Lihatlah dengan akal dan ilmu anda bagaimana baginda berkata kepada pembantunya, " Wahai anakku" untuk menghormati dan menyayangi serta mencintainya.


  ii) Sesungguhnya cara penyampaian tersebut adalah panggilan yang mulia serta dapat mewujudkan rasa cinta bagi orang yang menerimanya. Panggilan ini juga dapat memantapkan keimanan seseorang insan terhadap Allah SWT dan Rasullullah SAW.


 iii) Panggilan ini memiliki makna dan rasa cinta yang abadi, sehinggakan Anas berasa bahawa dirinya adalah anak Rasullullah SAW. Baginda Nabi SAW tidak mempunyai waris lelaki kandungan, tidak ada seorang anak lelaki baginda kecuali Anas yang begitu tekun menimba ilmu dan keimanan.


Allah berfirman yang bermaksud "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang laki diantara kamu, tetapi dia adalah Rasullullah dan penutup nabi-nabi"- Surah Al Ahzab Ayat 40


Allah juga berfirman yang bermaksud "Nabi itu (hendaknya)lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri"- Surah Al Ahzab Ayat 6

Baginda bukan hanya seorang ayah kepada anak-anak angkatnya, sebagimana Zaid anak angkatnya yang bergelar dengan sebutan Zaid bin Muhammad. Tetapi baginda yang merupakan seorang yang paling mulia, lembut serta bersifat kasih saying terhadap seluruh umatnya.


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan(keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin."- Surat At Taubah Ayat 128


iv) Konteks pembicaraan ini membawa kepada perasaan yang dindin dan selamat bagi Anas. Dirinya begitu dikagumi kaum mukminin di atas penggilan tersebut.


10. Sabda Rasullullah SAW " Apabila engkau mampu" yakni, mengikut kesanggupanmu. Perkataan ini tidak ada taklif di dalamnya. Apabila engkau sanggup atau mampu membawa di dalam hatimu dalam semua keadaan (baik pagi dan petang) untuk tidak melakukan pengkhianatan bagi sesiapa sahaja, maka lakukanlah. Janganlah menodai hati kalian dengan segala bentuk beburukkan yang mampu melenturkan kesucian iman. Berusahalah dengan gigih untuk berjumpa saudaramu sambil tersenyum indah berbekalkan hati yang bersih. Janganlah berseteru, janganlah saling riak dan janganlah katakan apa yang tidak kamu lakukan. Perilaku setiap insan perlulah sama baik secara zahir mahupun batin. Jangan menghina, mengejek dan mencela saudaramu atas apa yang diberikan Allah SWT kepadanya.


11. Inilah makna daripada pengkhianatan di dalam hadis Rasulullah SAW ini, maka berwaspadalah!


12. Kemurnian hati merupakan sesuatu perkara yang amat sulit diterma kecuali bagi insan yang menjaga Allah SWT, serta memuliakan agama semata-mata kerana Tuhannya. Berzuhudlah di dunia, mencintai kehidupan akhirat, mempersiapkan diri menghadapinya, berbekalkan ketakwaan serta memiliki penyembuhan daripada semua penyakit mereka.


13. Rasululllah SAW mengemukakan kepada Anas kesemua sifat baik ini dan berusaha keras untuk mendapatkan darjat yang tinggi. Rasullullah SAW memberikan wasiat kepadanya menggunakan uslub syarat. Ini berikutan di dalamnya mengandungi azam kebangkitan dengan penuh tujuan, serta kasih saying yang berkobar-kobar yang tidak dapat dilakukan setiap insan kecuali dengan taufiq Allah SWT semata-mata. Dialah Yang Maha Kuasa untuk mensucikan diri dan memurnikan hati serta meluruskan akhlak.


(bersambung)













Comments

Popular posts from this blog

Oral Health Literacy Instrument Malay Version (OHLI-M)

Panjat Kelapa

Cita cita Untuk Masuk Universiti Malaya